Maklumat penting

  • Maklumat Terkini: Caj perkhidmatan baru akan berkuatkuasa pada Khamis, 2 November 2017. Anda dinasihatkan untuk memeriksa maklumat terkini di laman web ini sebelum mengemukakan permohonan.
  • Sila ambil perhatian bahawa berkuatkuasa dari 19 November 2016, VAC tidak lagi dapat menerima borang permohonan versi yang lama bertarikh 2010 atau lebih lama. Semua permohonan yang dikemukakan pada atau selepas 19 November 2016 perlu menggunakan borang permohonan versi baharu yang boleh diakses dari laman web kami berdasarkan kepada tujuan perjalanan anda.
  • Pas Perjalanan Elektronik (eTA) daripada Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan Kanada (IRCC) adalah merupakan keperluan baharu untuk warganegara asing yang terkecuali daripada memohon visa (kecuali warganegara U.S dan pelancong lain dengan pengecualian tertentu) yang memasuki Kanada melalui laluan udara. Permohonan atas talian boleh didapati di www.Canada.ca/eTA.
  • Maklumat Terkini: Caj perkhidmatan baru akan berkuatkuasa pada Rabu, 2 November 2016. Anda dinasihatkan untuk memeriksa maklumat terkini di laman web ini sebelum mengemukakan permohonan
  • Keputusan untuk mengeluarkan atau enggan mengeluarkan visa hanya dibuat oleh pegawai Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan Kanada (IRCC). Semua permohonan akan dinilai berdasarkan peraturan dan garis panduan visa imigresen Kanada. CVAC tidak mempunyai peranan atau pengaruh terhadap keputusan sesuatu permohonan dan tidak akan menawarkan sebarang khidmat nasihat penilaian.