Cara Permohonan

Mengemukakan Permohonan Anda Secara Fizikal

Langkah 1 :

Semak maklumat mengenai visa pelawat, permit belajar, permit bekerja atau dokumen perjalanan di dalam laman web IRCC dan muat turun borang permohonan dan senarai semak yang bersesuaian berdasarkan tujuan lawatan anda.

Nota: Mulai 4 September 2013, anda mungkin perlu memberikan biometrik (cap jari dan gambar anda) apabila memohon visa pelawat, permit belajar atau permit kerja. Sila semak sekiranya anda perlu memberikan maklumat biometrik.

Langkah 2 :

Isikan borang permohonan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan secara elektronik dan cetak.

Borang (termasuk halaman barkod) hendaklah dicetak di atas kertas putih, berkualiti bon,kertas yang tidak berkilat dan dicetak menggunakan pencetak laser.

Borang yang dimuat turun dengan tulisan tangan tidak akan diterima.

Jika anda tidak dapat menyediakan kesemua dokumen sokongan seperti yang tertera di dalam Senarai Semak Rasmi Dokumen IRCC, anda perlu mengisi dan menandatangani Borang Pengecualian untuk dilampirkan bersama borang permohonan anda.

Kegagalan untuk menyertakan Borang Pengecualian yang lengkap dan telah ditandatangani boleh mengakibatkan kelewatan atau penolakan terhadap permohonan visa, permit atau dokumen perjalanan anda.

Langkah 3 :

Baca Polisi Privasi yang dilampirkan, isikan Borang Kebenaran VFS dan melampirkannya dengan borang permohonan anda,

Penting: Jika Borang Kebenaran VFS yang dilengkapkan dan ditandatangani tidak disertakan bersama permohonan, kami TIDAK dapat membantu anda, dan permohonan anda akan dikembalikan kepada anda.

Langkah 4 :

Buat pembayaran visa dan biometrik, jika perlu, seperti arahan pembayaran di dalam senarai bayaran IRCC.

Sila ambil perhatian bahawa semasa mengemukakan permohonan melalui CVAC, sendiri atau melalui kiriman pos, bayaran visa mestilah dibayar sebagai tambahan kepada Caj Perkhidmatan CVAC (VFS Global).

Langkah 5 :

Melawat Pusat Permohonan Visa Kanada (CVAC) di tempat anda; pastikan anda membawa pasport asal anda yang sah, gambar terbaru, borang yang lengkap dan semua dokumen sokongan seperti dalam senarai semak dan instrumen bayaran IRCC. Caj perkhidmatan akan dikenakan.

Nota Penting: Sekiranya anda perlu memberikan biometrik, CVAC akan mengambil biometrik pada masa yang sama anda mengemukakan permohonan. SILA JANGAN menghantar permohonan anda ke CVAC melalui kiriman pos.

Langkah 6 :

Semasa di CVAC, anda perlu membayar caj perkhidmatan, mengemukakan permohonan yang telah dilengkapkan dan mendapatkan resit. Resit ini mengandungi nomborpengesanan unik yang anda perlukan untuk mengesan perkembangan permohonan anda secara atas talian.

Nota Penting: Sekiranya anda perlu memberikan biometrik, yuran biometrik CAD 85 anda merangkumi “CVAC Caj Perkhidmatan untuk Pemprosesan Permohonan”.

Melalui Kiriman Pos

Langkah 1 :

Semak maklumat mengenai visa pelawat, permit belajar, permit bekerja atau dokumen perjalanan di dalam laman web IRCC dan muat turun borang permohonan dan senarai semak yang bersesuaian berdasarkan tujuan lawatan anda.

Nota: Mulai 4 September 2013, anda mungkin perlu memberikan biometrik (cap jari dan gambar anda) apabila memohon visa pelawat, permit belajar atau permit kerja. Sila semak sekiranya anda perlu memberikan maklumat biometrik.

Nota Penting: Sekiranya anda perlu memberikan biometrik, CVAC akan mengambil biometrik pada masa yang sama anda mengemukakan permohonan. SILA JANGAN menghantar permohonan anda ke CVAC melalui kiriman pos.

Langkah 2 :

Isikan borang permohonan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan secara elektronik dan cetak.

Borang (termasuk halaman barkod) hendaklah dicetak di atas kertas putih, berkualiti bon,kertas yang tidak berkilat dan dicetak menggunakan pencetak laser.

Borang yang dimuat turun dengan tulisan tangan tidak akan diterima.

Jika anda tidak dapat menyediakan kesemua dokumen sokongan seperti yang tertera di dalam Senarai Semak Rasmi Dokumen IRCC, anda perlu mengisi dan menandatangani Borang Pengecualian untuk dilampirkan bersama borang permohonan anda.

Kegagalan untuk menyertakan Borang Pengecualian yang lengkap dan telah ditandatangani boleh mengakibatkan kelewatan atau penolakan terhadap permohonan visa, permit atau dokumen perjalanan anda.

Langkah 3 :

Baca Polisi Privasi yang dilampirkan, isikan Borang Kebenaran VFS dan melampirkannya dengan borang permohonan anda,

Penting: Jika Borang Kebenaran VFS yang dilengkapkan dan ditandatangani tidak disertakan bersama permohonan, kami TIDAK dapat membantu anda, dan permohonan anda akan dikembalikan kepada anda.

Langkah 4 :

Buat pembayaran visa dan biometrik, jika perlu, seperti arahan pembayaran di dalam senarai bayaran IRCC.

PENTING: Jika permohonan anda diterima TANPA bayaran yang betul untuk permohonan visa, kami TIDAK akan dapat membantu anda dan permohonan anda akan dikembalikan kepada anda.

Langkah 5 :

Bayar Caj Perkhidmatan CVAC yang diperlukan, serta mana-mana bayaran untuk caj perkhidmatan tambahan CVAC, seperti di dalam Jadual Caj Perkhidmatan di dalam laman web CVAC.

PENTING: Jika permohonan anda diterima TANPA bayaran yang betul untuk Caj Perkhidmatan VFS, kami TIDAK akan dapat membantu anda dan permohonan anda akan dikembalikan kepada anda.

Nota : Bayaran Perkhidmatan VFS dan caj perkhidmatan lain untuk kurier, bayaran SMS patut dibayar secara draf permintaan atas nama “VFS (Malaysia) SDN. BHD.” (3 draf permintaan diperlukan, yang pertama untuk bayaran visa di dalam CAD$, yang kedua untuk pengembalian kurier di dalam MYR dan yang ketiga untuk Servis Perkhidmatan VFS serta perkhidmatan lain seperti SMS di dalam MYR)
Kami mencadangkan perkhidmatan SMS kerana ia memudahkan anda untuk mengesan perkembangan permohonan anda.

Langkah 6 :

Susun borang dan dokumen mengikut senarai semak IRCC

Langkah 7 :

Lengkapkan dan tandatangani senarai semak permohonan prosedur mel CVAC, pastikan anda sertakan senarai semak ini bersama permohonan.

Langkah 8 :

Pilih cara bagaimana anda mahu dokumen-dokumen anda dikembalikan kepada anda.

Prosedur untuk pengambilan dokumen atau penghantaran selepas pemprosesan permohonan anda oleh Pejabat Visa Kanada:

  1. Jika anda telah memilih untuk pengumpulan dokumen-dokumen anda sendiri atau melalui wakil yang diberi kuasa, sila pastikan membawa dokumen pengenalan diri yang bersesuaian.
  2. Jika anda telah memilih untuk pengembalikan dokumen melalui Penghantara Kurier kami, CVAC akan hantarkan dokumen anda apabila diterima daripada Pejabat Visa Kanada.

Langkah 9 :

Hantarkan atau kurierkan borang permohonan anda yang telah dilengkapkan dan ditandatangani dan senarai semak beserta Borang Kebenaran VFS, bersama-sama dengan pasport asal anda yang sah, gambar terkini dan bank draf kepada:

Pusat Permohonan Visa Kanada,
Suite 19-03, Floor 19, Wisma MCA, 163 Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur, Malaysia.

Langkah 10 :

Mengesan permohonan anda melalui pejabat kurier yang anda gunakan untuk menghantar permohonan anda kepada CVAC.

Langkah 11 :

Anda akan menerima emel pemberitahuan mengandungi ID Pengesanan permohonan anda daripada CVAC dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan anda.

Di mana perkhidmatan SMS ini yang ditawarkan:
Anda juga boleh memilih untuk Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) untuk mengesan status permohonan anda. Sila rujuk kepada Jadual Caj Perkhidmatan CVAC untuk mengetahui maklumat SMS, caj berkaitan dan kaedah pembayaran.

Soalan Lazim (FAQs):

  • Bagaimanakah sekiranya permohonan saya tidak lengkap?

    Anda hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada CVAC menggunakan senarai semak IRCC dan arahan lain yang diberikan dalam Prosedur Permohonan Mel.

    Jika permohonan anda didapati tidak lengkap, CVAC akan menghantarkan emel memberitahu kekurangan dalam permohonan anda. Anda mesti menghantar dokumen yang diperlukan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan emel

    atau,

    anda perlu memberikan CVAC kebenaran bertulis untuk menghantar permohonan tersebut kepada Pejabat Visa Kanada dengan kekurangan.

  • Apakah yang akan berlaku kepada permohonan saya sekiranya saya tidak dapat menyediakan dokumen yang diperlukan seperti yang diberitahu oleh CVAC?

    Permohonan anda akan dikembalikan dengan menggunakan caj penghantaran yang dibayar oleh anda.

    Sebagai alternatif, anda boleh memilih satu daripada pilihan-pilihan berikut:

    • menyediakan kebenaran bertulis anda untuk CVAC bagi mengemukakan permohonan kepada Pejabat Visa Kanada dengan kekurangan; atau
    • menghantar sampul kurier prabayar, beralamat sendiri untuk membolehkan CVAC mengembalikan permohonan anda; atau
    • mengambil permohonan anda sendiri daripada CVAC atau melalui wakil yang diberi kuasa. Sila ambil perhatian bahawa dalam kes-kes seperti ini, caj perkhidmatan CVAC tidak boleh dikembalikan.
  • Apakah yang akan berlaku kepada permohonan saya sekiranya saya tidak mengikuti arahan pembayaran visa atau caj perkhidmatan CVAC?

    CVAC tidak dapat memproses permohonan anda sekiranya arahan pembayaran Visa tidak dipatuhi, CVAC akan menghubungi anda untuk memaklumkan sebarang percanggahan dan permohonan anda akan ditahan sehingga menerima pengesahan bahawa arahan tersebut telah dipatuhi. Untuk mengelakkan kelewatan, anda mestilah terlebih dahulu memastikan arahan pembayaran yuran permohonan visa dan bayaran caj perkhidmatan CVAC dipatuhi sebelum menghantar permohonan anda kepada CVAC.

  • Apakah yang boleh saya lakukan sekiranya CVAC tidak menyediakan perkhidmatan kurier untuk mengembalikan dokumen saya?

    Jadual Perkhidmatan CVAC di dalam laman web CVAC menyatakan sama ada perkhidmatan kurier ada atau tidak. Sekiranya CVAC tidak menawarkan perkhidmatan tersebut, anda mestilah sertakan sampul kurier prabayar beralamat sendiri bersama-sama dengan permohonan anda. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda menghantar beberapa permohonan dengan satu sampul kurier, CVAC hanya akan menghantar dokumen untuk permohonan yang diproses. Anda akan diminta untuk menghantar sampul kurier tambahan bagi menghantar baki permohonan yang masih dalam proses. Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk mengambil sendiri dokumen tersebut daripada CVAC atau melalui wakil yang diberi kuasa.

  • Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya tidak menerima sebarang emel ID Pengesanan atau maklumat mengenai permohonan saya dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima di CVAC?

    Sila hantarkan emel ke info.camy@vfshelpline.com beserta maklumat di bawah dan CVAC akan menghubungi anda dalam tempoh 2 hari bekerja selepas menerima emel anda:

    • Nama Penuh Anda
    • Alamat Lengkap Anda
    • Nombor telefon beserta kod kawasan
    • Nombor Airway Bill/nombor konsain dan tarikh di mana permohonan anda dikurier.

    Nota: Anda tidak perlu memberikan apa-apa maklumat peribadi yang lain selain daripada yang dinyatakan di atas.

  • Bagaimanakan saya boleh mengesan permohonan saya?

    Apabila CVAC menerima permohonan anda dan mengesahkan bahawa ianya lengkap dan sedia untuk diproses oleh Pejabat Visa Kanada, permohonan anda akan didaftarkan di dalam sistem CVAC dan emel pemberitahuan akan dihantar kepada anda bersama ID Pengesan unik. Anda boleh mengesan permohonan anda menggunakan ID Pengesan unik dengan:

    • Menggunakan kaedah pengesan di laman web CVAC
    • Menghubungi Call Centre
    • Datang sendiri ke CVAC
    • Memilih Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) jika ada,
    • Melalui Pemberitahuan Emel

Hantar Pasport anda

Dengan pasport anda, pastikan anda termasuk:

  • Surat permintaan pasport yang diterima dari IRCC.
  • Bayaran yang dikenakan di pusat permohonan visa (VAC), seperti yuran penghantaran passport, yuran penghantaran kurier dan lain-lain. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.
  • Maklumat perhubungan anda, termasuk e-mel, nombor telefon dan alamat surat-menyurat.
  • Borang kebenaran VAC.

Cara mengemukakan pasport:

  1. Fizikal/melalui wakil yang diiktiraf di CVAC.
  2. Atau

  3. Kurier/kiriman pos ke alamat CVAC seperti tertera di halaman “Hubungi Kami

Untuk mengambil semula pasport, anda boleh memilih untuk

  1. Mengambil secara fizikal di CVAC, atau;
  2. Melaui kurier dengan memohon perkhidmatan kurier kami (untuk penghantaran di dalam Malaysia sahaja) – Sediakan maklumat surat menyurat lengkap beserta butiran hubungan anda atau;
  3. Lain – lain pilihan yang diberikan oleh Kerajaan Kanada di dalam surat perberitahuan berikut.

Perkhidmatan Penghantaran Pasport Terjamin yang disediakan oleh CVAC membolehkan anda untuk;

  1. Menghantar pasport ke Pejabat visa Kanada (CVO) dengan segera dan terjamin.
  2. Mengetahui status lokasi pasport anda melalui perkidmatan menjajaki di laman web CVAC.