Selepas Permohonan

Sebaik sahaja anda mendepositkan permohonan anda di Pusat Permohonan Visa Kanada (CVAC), kakitangan CVAC akan melakukan pemeriksaan kelengkapan berdasarkan keperluan IRCC dan kemudian akan mengemukakan permohonan anda bagi pihak anda pada hari berkerja berikutnya.

Setelah Pejabat Visa Kanada telah menilai permohonan anda, mereka akan membuat keputusan dan melekatkan keratan visa dalam pasport anda atau sebaliknya mengeluarkan dengan surat yang menjelaskan kenapa visa tidak boleh diberikan.

Pejabat Visa Kanada kemudian akan kembali pasport anda dengan selamat ke CVAC dan mereka akan memaklumkan kepada anda melalui kaedah komunikasi yang terpilih. Kemas kini juga akan disediakan pada Sistem Semak Permohonan Atas Talian, bahawa pasport anda sedia untuk dikembalikan. Kemudian, anda boleh datang ke CVAC untuk mengambil pasport anda.

    Bagaimana untuk mengambil pasport atau dokumen anda?

  1. Sekiranya anda memilih untuk mengambil pasport atau dokumen anda sendiri atau daripada CVAC, anda perlu membawa dokumen-dokumen berikut:
    • Resit asal CVAC.
    • Dua (2) keping dokumen pengenalan rasmi isuan kerajaan (salah satu haruslah mempunyai gambar dan tandatangan rasmi pemohon)
  2. Sekiranya anda memilih untuk menghantar wakil untuk mengambil pasport atau dokumen anda daripada CVAC.
  3. Wakil anda haruslah membawa dokumen–dokumen berikut:

    • Resit asal CVAC
    • Surat kebenaran dengan tandatangan asal pemohon.
    • Salinan dua (2) keping dokumen pengenalan rasmi isuan kerajaan daripada pemohon, contoh, kad pengenalan dan pasport (salah satu haruslah mempunyai gambar dan tandatangan rasmi daripad pemohon.)
    • Asal dan salinan dua (2) keping dokumen pengenalan rasmi isuan kerajaan daripada wakil, contoh, kad pengenalan dan pasport (salah satu haruslah menpunyai gambar dan tandatangan rasmi daripada wakil.)

    Untuk wakil kepada pemohon berkumpulan:

    • Resit asal CVAC.
    • Surat kebenaran dengan tandatangan asal daripada setiap pemohon.
    • Salinan dua (2) keping dokumen pengenalan rasmi isuan kerajaan daripada setiap pemohon, contoh, kad pengenalan dan pasport (salah satu haruslah mempunyai gambar dan tandatangan rasmi daripada pemohon.)
    • Asal dan salinan dua (2) keping dokumen pengenalan rasmi isuan kerajaan daripada wakil kepada pemohon berkumpulan, contoh, kad pengenalan dan pasport (salah satu haruslah menpunyai gambar dan tandatangan rasmi daripada wakil kepada pemohon berkumpulan.)
Previous