Perkhidmatan dan Jadual Caj Perkhidmatan

Perkhidmatan dan Jadual Caj Perkhidmatan berkuatkuasa mulai 2 November 2017.

Adalah dimaklumkan bahawa untuk semua permohonan yang dikemukakan di VAC bermula dari 2 November 2017, caj yang terkini akan dikenakan. Tarikh tutup untuk permohonan secara kiriman pos adalah bersamaan tarikh permohonan tiba di VAC. Sekiranya mana-mana permohonan beserta caj bayaran lama diterima selepas tarikh diberikan, permohonan akan dikembalikan semula kepada pemohon atau pemohon akan dihubungi untuk mengemukakan bayaran baru.

Caj Perkhidmatan Untuk Pemprosesan Permohonan:

Perkhidmatan Dollar Kanada ($CAD) (Termasuk GST 6%) Ringgit Malaysia
(MYR)
(Termasuk GST 6%)
Caj Perkhidmatan untuk Pemprosesan Permohonan – Harga Setiap Pemohon $38.95 124.20

*Nota: Jika anda perlu memberikan biometrik, bayaran biometrik $85 CAD merangkumi caj perkhidmatan CVAC untuk pengedalian permohonan. Caj perkhidmatan untuk perkhidmatan tambahan yang lain adalah tidak termasuk.

Caj Perkhidmatan untuk Perkhidmatan tambahan:

Perkhidmatan Dollar Kanada ($CAD) (Termasuk GST 6%) Malaysian Ringgit
(MYR)
(Termasuk GST 6%)
Terminal Komputer Layan Diri untuk mengisi borang – Harga Setiap Pemohon $8.32 26.55
Perkhidmatan Bantuan Mengisi Borang di Terminal Komputer Layan Diri – Harga Setiap Pemohon $10.40 33.15
Kiosk Gambar – Harga Setiap Pemohon (4 Keping) $8.00 25.50
Perkhidmatan Fotokopi – Harga Setiap Mukasurat $0.29 0.90
Penghantaran Kurier Permohonan kepada Pemohon apabila diterima daripada Pejabat Visa (dalam Malaysia)  – Harga Setiap Pemohon $22.26 71.00
Pemberitahuan SMS – Harga Setiap Pemohon $2.00 6.40
Penghantaran Pasport secara Selamat kepada Suruhanjaya Tinggi Kanada di Singapura, atas permintaan Pejabat Visa (sebagai contoh: permohonan elektronik) – Harga Setiap Pasport $31.16 99.35
Penghantaran Pasport Penduduk Tetap secara Selamat kepada Suruhanjaya Tinggi Kanada di Singapura, atas permintaan Pejabat Visa –
Harga Setiap Pasport
$46.67 148.80
Penghantaran Pasport Penduduk Tetap DAN Dokumen secara Selamat kepada Suruhanjaya Tinggi Kanada di Singapura, atas permintaan Pejabat Visa –
Harga Setiap Pasport
$60.53 193.00

Cara Pembayaran

  • Arahan Pembayaran untuk Caj Perkhidmatan CVAC:

    • Sendiri secara fizikal di CVAC - Pembayaran caj perkhidmatan untuk permohonan yang dikemukakan sendiri di Pusat Permohonan Visa Kanada (CVAC) boleh dibuat secara tunai (MYR-Ringgit Malaysia).
    • Melalui Kiriman Pos - Pembayaran caj perkhidmatan untuk permohonan yang dibuat melalui kiriman pos ke Pusat Permohonan Visa Kanada (CVAC) boleh dibuat melalui draf bank (MYR-Ringgit Malaysia). Sediakan draf bank untuk Caj Perkhidmatan VFS kepada “VFS (MALAYSIA) SDN. BHD.”.

  • Senarai jenis pembayaran yang diterima di CVAC untuk Perkhidmatan Tambahan:

    Caj Perkhidmatan VFS untuk Pengendalian Permohonan dan Perkhidmatan Tambahan adalah diterima secara tunai sahaja.

  • Arahan Pembayaran untuk Yuran Visa:
  • Buat pembayaran visa dan biometrik, jika perlu, seperti arahan pembayaran di dalam senarai bayaran IRCC.