Selamat datang ke laman web Pusat Permohonan Visa Kanada (CVAC) di Malaysia. VFS Global adalah penyedia perkhidmatan eksklusif untuk Kerajaan Kanada, yang diberi kuasa untuk menyediakan perkhidmatan sokongan pentadbiran kepada pemohon visa di Malaysia

  • Maklumat Penting: Dimaklumkan bahawa bermula dari 02 November 2018, VFS Global akan menerima permohonan dan mengambil biometrik di Pusat Permohonan Visa Kanada di Malaysia di bawah satu set keperluan dan perkhidmatan baru. Untuk maklumat mengenai keperluan dan perkhidmatan untuk permohonan yang diserahkan pada atau selepas 02 November 2018, sila layari www.Canada.ca/Immigration.
  • Bagi permohonan yang dikemukakan pada atau sebelum 01 November 2018, Pusat Permohonan Visa Kanada akan terus menyediakan perkhidmatan sehingga 01 Februari 2019. Dalam tempoh ini, VAC akan tetap dibuka untuk pelanggan untuk mengambil dokumen mereka. Tarikh akhir untuk pengumpulan dokumen adalah 01 Februari 2019. Pemberitahuan akan dihantar kepada pemohon apabila dokumen sudah siap untuk diambil.
  • Permohonan yang diterima selepas jam 17:00 pada 01 November 2018 haruslah disediakan mengikut keperluan baru. Jika kami menerima permohonan memalui kiriman pos selepas masa ini yang disediakan mengikut keperluan lama, ia akan menangguh pemprosesan permohonan, dan boleh menyebabkan pemulangan kembali kepada pengirim.
  • Bagi permohonan yang diterima pada atau sebelum 01 November 2018, VAC akan memulangkan dokumen kepada pelanggan di VAC ini dari 02 November 2018 sehingga 01 Februari 2019. Pemberitahuan akan dihantar apabila dokumen sudah siap untuk diambil
  • VAC akan menghantar semua sampul surat keputusan yang tidak dituntut ke Pejabat Ditetapkan IRCC pada 02 Februari 2019 bersama-sama dengan laporan inventori yang terperinci. Pejabat IRCC akan menyelaras pemulang dokumen untuk permohonan ini.
  • Sila layari www.Canada.ca/Immigration untuk butiran lanjut tentang keperluan dan perkhidmatan baru.
  • Berkuat kuasa 03 November 2018, temujanji adalah wajib untuk Pendaftaran Biometrik di semua Pusat Permohonan Visa Kanada (CVAC) di Malaysia. Bergantung kepada kewarganegaraan anda, anda mungkin perlu memberi biometrik.
  • Mulai 31 Disember 2018 - pemohon dari Asia, Asia Pasifik dan Amerika
  • Untuk mengetahui sama ada anda perlu memberi biometrik, sila layari http://www.cic.gc.ca/english/visit/biometrics.asp
  • Sila ambil perhatian bahawa temujanji adalah wajib untuk pendaftaran biometrik di Pusat Permohonan Visa. Lawatan yang dirancang dengan slot waktu pilihan di Pusat Permohonan Visa menjamin perkhidmatan segera dengan itu menghapus masa menunggu lebih lama yang mengakibatkan kesulitan.
  • Pemohon yang meminta temujanji kecemasan untuk tujuan pengambilan biometrik boleh berbuat demikian dengan syarat bukti kecemasan dibentangkan pada masa temujanji. Bukti yang sesuai adalah termasuk nota atau dokumentasi lain dari seorang pegawai. Sila ambil perhatian bahawa bukti ini hanya perlu dibentangkan dan tidak akan diambil oleh VAC, dan ini akan menyediakan pelantikan biometrik kecemasan tetapi tidak menjejaskan masa pemprosesan IRCC untuk permohonan itu. Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, Pusat Talian Bantuan untuk mendapat membantu atau sebarang pertanyaan
  • Sila klik di sini untuk menjadual temujanji
  • Harap maklum, untuk tujuan utama penjadualan , VFS Global akan mengumpulkan Maklumat Peribadi dari pemohon. Borang kebenaranakan diperlukan dari pemohon yang memberi kuasa.
  • Maklumat terkini untuk proses Pendaftaran Biometrik berkuatkuasa pada 31 Julai 2018.

    Berkuatkuasa pada 31Julai 2018, anda perlu memberikan cap jari dan garmbar (biometrik) di Pusat Permohonan Visa Kanada apabila anda memohon untuk visa pelawat, permit pelajar, permit berkerja atau penduduk tetap jika anda warganegara bagi Eropah, Timur Tengah atau Afrika, atau jika warganegara yang sudah memerlukan biometric. Sila layari Canada.gc.ca/biometrics untuk mengetahui sama ada anda perlu memberikan Biometrik
    • Visa lawatan sementara, permit pelajar dan berkerja hanya perlu memberikan biometik sekali setiap 10 tahun; dan kepada sesiapa yang telah memberikan juga mendapat manafaat untuk inisiatif ini
    • Pemohon penduduk tetap perlu memberikan biometric setiap kali memohon.
  • Semua pemohon diminta untuk menyediakan versi terkini borang permohonan dan senarai semak yang terdapat pada laman web IRCC.Sila klik disini untuk Mencari Borang dan Panduan.
  • Pas Perjalanan Elektronik (eTA) daripada Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan Kanada (IRCC) adalah merupakan keperluan baharu untuk warganegara asing yang terkecuali daripada memohon visa (kecuali warganegara U.S dan pelancong lain dengan pengecualian tertentu) yang memasuki Kanada melalui laluan udara. Permohonan atas talian boleh didapati di www.Canada.ca/eTA.
  • Keputusan untuk mengeluarkan atau enggan mengeluarkan visa hanya dibuat oleh pegawai Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan Kanada (IRCC). Semua permohonan akan dinilai berdasarkan peraturan dan garis panduan visa imigresen Kanada. CVAC tidak mempunyai peranan atau pengaruh terhadap keputusan sesuatu permohonan dan tidak akan menawarkan sebarang khidmat nasihat penilaian.
  • Berhati-hati dengan penipuan tawaran perkerjaan. Untuk maklumat lanjut - klik di sini



Menghantar Pasport Anda Dan Dokumen Lain

Passport

Adakah anda telah diminta mengemukakan pasport anda di Pusat Permohonan Visa Kanada (CVAC)?

Klik di sini
Perkhidmatan dan Jadual Caj Perkhidmatan
Klik di sini

Biometrik

Hanya ingin memberikan biometrik anda?
Ketahui bagaimana untuk memberikan biometrik anda di Pusat Permohonan Visa Kanada.

Klik di sini

Semak Permohonan Anda

Sekiranya anda telah memohon di pusat permohonan visa, untuk mengetahui status permohonan.

Klik di sini
Cuti Umum / Penutupan
Klik di sini

PUSAT PERMOHONAN VISA KANADA

Ketahui lokasi pusat permohonan visa berhampiran anda. Sila pilih bandar kediaman anda di bawah.